Saturday, December 05, 2009

Puding Triffle

Pastu satu lagi resepi ialah Puding Triffle, ni Tasha request, berkurun janji nak kasi, tapi haghammmm abeh dah lupe nak buat cemana..

(dlm pic ni dua yang atas tu je sy buat, yg lain saya cilok, biasa asyik lupe ambek gambo bila buat benda alah ni)



Puding Triffle
1 gulung kek swiss roll (sedap perisa coklat la)
(kalau takder ape kek pun belasah je la..)
1 tin fruit cocktail
1 tin susu cair @ satu kotak fresh milk (kotak kecil le)
4 sudu gula kasar
2@3 sudu tepung kastad (ikut le korang nak pekat cemana
1 sudu esen vanila
1 @ 2 paket kristal jelly any perisa (tp sedap strawberry/mango)
*(kalau beli kat supermarket brand ladies choice ke apa..
*(sy tak pasti sbb sy biasa beli sebungkus besar kat bakeri shop, lebih murah, so biasa saya guna dalam 4 sudu besar
1 mug air.

Caranya

1. potong dadu kek, dan susu dalam bekas
2. Masakkn susu cair, tepung kastad dan gula dalam periuk (jgn pekat sgt, boleh tambah 4-2 sudu air juga.
(api perlahan, kacau kejap je, agak nak didih je tutup api, dan kacau, jgn sampai mendidih kang pekat sangat)
3 dah ok cun, tuang sos kastad ni ke atas kek tadi,
4. susun buah-buah cocktail tadi atas sos kastad tu (of course buah je, airnya tapis kasi buang la
5. tunggu dia 'keras sikit' then masak 1 mug air tadi, then masukkan jelly kristal, kacau kejap, tutup api
6. bila agak sos kastad tadi dah cam agak keras, tuang jelly perlahan-lahan atas sos kastad tadi, pastu biar dia 'mengeras' dalam peti sejuk

Nota-
*tuang perlahan tau Jelly tu, kalo tak naik berkeladak sos kastad, tak comei puding miker
*guna whisker untuk kacau sos kastad atas dapur (agar tidak berketul hasilnya, kalau berketul, kena tapis-leceh)
* makan sejuk-sejuk pun sedap. Saya dapat resepi ni dari Cik Salina, tapi dah adjust sedikit, besalah gue. Memang mabeles, kalau nak eksen terrer di hari raya haji nanti boleh buat jamu tetamu. pasti mereka kagum, kerana terasa hebat macam chef di hotel je buatnya.
*tambahan, ada pertanyaan dari pembaca blog whisker tu lagu mana
ni le ropanya,

ni gambo dari pakcik google, kalau kat umah saya ada satu hok beso gedabak, pueh hati kalu buat muffin, kaco-kaco pakai ni, muffin tu kan lagi hebat rasanya kalau jenis kacau-kacau je.. jadi saya beli satu hok beso, senang mengacau.. buat choc moist cake versi steam pun nyaman... kacau-kacau pakai benda alah..superb