Bahan-bahan
Untuk daging
1. Makaroni (dalam 2 cawan) (rebuslah dulu kannnn)
2. Bawang putih/beso (cincang/potong dadu)
3. Daging kisar cap ramly sebungkus
4. rempah kari daging 2 sudu (bancuh ngan sikit air)
5. Garam and gula
Cara:-
1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan rempah, masak sampai garing tau.. sampai naik minyak, kalo tka naik minyak tak sedap ooo,
3. Dah elok garing, masukkan daging, masukkan air sikit, masak sampai kekeringan, boh garam gula la of course kan..
Sos Putih
Bahan
1. Satu sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. Satu kotak kecik (bebudak minum) susu low fat (fresh milk)
4. Serbuk Lada Hitam, lada sulah
5. Kiub ayam, (sikit je, suku dari kiub tu je)
6. Cendawan butang Hiris/cincang (ikut suka la) <-- ni optional, tak boh pun taper
7. Bawang beso, bawang putih (cincang)
Cara
1. Cairkan butter, then tumiskan bawang-bawang
2. masukkan tepung gandum (masuk kejap je, pastu padamkan api jap, or kalau periuk tangkai, alihkan dari api kejap) (jangan bancuh ngan air masuk je original gitu) (tips, sila kacau dengan whisker ye, supaya tidak berbintil-bintil)
3. Masukkan susu, tambah air sedikit (anggaran sekotak susu tadi la)
4. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam, kiub ayam.
lain-lain bahan
1. telur ayam 4 biji (dipukul)
2. kacang peas/mix vegi/karrot parut/apa-apa la..)
3. Mozarela cheese (diparut)
OK siap tu, sila gaulkan semuanya makaroni yang dah siap rebus, dengan daging tadi, dan white sauce, dengan telur yang dah dipukul, sayur-sayur tadi (mix vegi ke, kacang peas ke) biar basah-basah, berair sikit.
Then bakar selama setengah jam or lebih, suhu bergantung pada oven memasing le, tp pada suhu yang tinggi supaya boleh membakar dan terus melembutkan makaroni tu, mula-mula bakar makaroni tu je dulu, dah agak masak elok, keluarkan kejap, taburkan cheese, and bakar lagi dalam 10-15 minit
okeh meh tgk pic yang sempat saya ambik semalam
No comments:
Post a Comment