Dari jari jemari turun ke hati, dari jari jemari, air tangan isteri dan ibu, biar kesannya rasa dia hati suami dan anak-anak, dari jari jemari menaip, biar berkesan dihati pembaca..
Saturday, November 14, 2009
Biskut Samprit (Biskut Dahlia)
BISKUT DAHLIA
Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan
Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.
*time kasih pada kak hanieliza atas resepi beliau ini, memang kena betul dengan tekak saya, menjadi mabeles..malatop. tip top...
Wednesday, November 11, 2009
CEKODOK SARDIN
cucoq sardin / cekodok sardin versi Mak Pnut.
1 tin Sardin
(suke banyak boh tin beso, kalau takat 3-4 org makan setin sederhana bereh dah..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sendiri
Bawang dihiris cam buat cucur udang tu
2 biji kentang sederhana beso
potong dadu-cam buat inti karipap pastu rebus kejap, kasi gebu dan lembut)
sedikit garam
*Optional
('jajan' boleh boh sekali-kalau tader tak boh pun taper)
- carrot (sagat-sagat-cam buat inti popia)
- daun bawang
- cili merah
Cara:
- gaul semua bahan tu dengan sedikit air, cam biasa buat cekodok jagung/udang
(masuk sekali sardin tau, tuang sos sardin, jgn hancurkan sardin, biar sekor-sekor, masa nak gaulkan tu tekan-tekan je sikit kasi pecah-pecah sardin tu, bior ada rasa-rasa ketulan sardin tu..nyaman beb..)
- pastu goreng le dengan minyak panas cam besa, huii takkan kena kabo ye dak..mesti nak goreng, takkan baut kukus lak.. :D
Nota :-
tepung tu, kalau korang tader tepung naik sendiri, boh je 3 cawan tepung gandum, tambah sikit soda bicabonat sikit, dan baking powder sikit (agak2 dalam 1/2 sudu teh je)
tp mudahnya pakai tepung naik sendiri, lembut dan sedap je.
rasanya sangat best dimakan panas-panas. tak tau nak cerita cemana. kompen sedap
Subscribe to:
Posts (Atom)