Thursday, November 11, 2010

Shepard Pie

resepi ni ada dua peringkat... try la bagi juga..

Shepard Pie Versi Pnut Pie.
ada 4 step
Inti daging (inti ke? erkk inti lapisan bawahnya)

STEP 1
Sebungkus daging cincang ramli
3 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang beso (potong dadu kecik-kecik)
beberapa titis seasoning oil maggi
(alaa belen buat daging burger sendiri dulu kan)
1 sudu sos tiram
1-2 sudu cili sos
1-2sudu tomato sos
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit cendawan butang, dicincang kasar
dan mix vege

Caranya :
* Tumis bawang putih bawang merah
* masukkan sikti air, pastu masukkan sos tiram
* masak kejap je didih sikit, masukkan sos-sos dan sesoning oil,
masukkan air, daging, masak sampai kekering dan masukkan lada hitam dan lada sulah, then masukkan cendawan dan mix vegi,

* bagi sejuk sat, ktia prepare kentang dan white sauce dia (kalau malas pakai je ready made mushroom soup campbell, tapi buat sendiri lagi sedap

STEP 2
White sauce (mushroom soup)
2 ulas bawang putih dan sikit bawang beso (cincang)
2 sudu buttter
lada sulah, lada hitam
susu low fat (fresh milk)
2 sudu tepung gandum
1 kiub ayam maggi
cendawan butang, cincang (belen-belen tadi-cincang halus sikit)

Caranya
* Cairkan butter, kemudian tumiskan bawang, dah kekuningan masukkan tepung gandum (jgn bancuh ngan air)
* bila masukkan tepung guna whisker kacau-kacau tepung jangan berketul (guna alat lain tak jamin aaaaa)masa tgh kacau tutup api kejap, supaya jangan hangun.
* then bukak api balik, masukkan susu segar,(tinggal sikit dalam anggaran dua sudu) masukkan air (dalam 2 cawan), then masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam secukup rasa, kacau-kacau jangan tepung berketul tau.. kalau kurang pekat, leh tambah sikit tepung gandum, can kacau lagi, jangan berketul-ketul, beli la whisker tu seketoi. tak rugi pon.
* dah didih, masukkan cendawan.
Tamat. Boleh makan hirup-hirup rasanya ala mushroom soup Pizza je.

STEP 3
Untuk kentang (mashed potato)
- Beberapa biji kentang (rebus sampai embuk, erkk buang kulit la takkan rebus ngan kulit lak)
(entah tak kira berapa biji, adalah dalam 10 biji kot, sederhana
- 1 kotak susu low fat)
(kotak kecil yang budak-budak minum je, singgit lebih je sekotak)
1 sudu besar butter
sedikit garam dan sedikit serbuk lada sulah. jangan lembik sangat tau.. tak syiok.. tapi gasak le kalau korang suka.

Caranya
*Kentang yang dah rebus tu, dilecek semasa masih panas, sambil lecek, sambil letak butter, lada sulah, garam, dan susu tadi, kacau, lecek.. kacau lecek biar rata,

STEP 4
* Amek loyang ke apa saja yang boleh membako, jangan pulak guna tupperware, dengan tupperware tu kang terbako. Ok isikan inti daging tu dulu, then rataka.. tekan-tekan sikit.

* Kemudian amek kentang putar tadi, tinggal sikit, kang kita scoop, makan as kentang putar, tuang white sos ala-ala makan kentang putar dengan sauce dia la..

*ok kentang yang separuh kita cilok tu, kita campur dan gaulkan sedikit dengan white sauce kita, gaul agak lembik-lembik sikit ikut citarasa kita. tekan, dan ratakan menutupi daging tadi.

* dah cun depa dok dalam loyang, then bika amek sebiji telur, asingkan putihnya, yang kuning tu kita pukul, dan sapu rata kat atas permukaan yang disapu kentang tadi.

* Bakor lah dalam oven secukup haba dikehendaki.. agak separuh masak (dalam 20-30 minit, kemudian keluarkan, parut mozarela cheese kat atas tu (tanak pun tak per, tapi sedap kalo ada) dah parut, masuk oven balik bagi cheese tu membakor dan nanti nampak kesan menggiurkan seksi lagi jelita agaklah dalam 10-15 minit lagik.

* dah tu apa lagi... masak makan le...

*bahan ni semua anggaran je propa saya je.. sebenarnya saya hentam je tak der sukatan..)

Sedaaaapppp tatak tipu punya... satu malam setel ni..

Tuesday, August 17, 2010

Pengat Pisang

Pengat Pisang


Bahan
7-8 biji Pisang (dipotong serong-serang, jangan nipis sangat, jangan tebal sangat
(sedap pisang Abu yang masak, jangan terlalu ranum, kang lembik sangat)
3 cawan santan sederhana pekat (kalau suka lemak, pekatkan)
segenggam sagu (rendam dalam sedikit air bagi kembang
Sedikit gula merah (untuk pengat berwarna 'brown sikit)
(masak dengan sedikit air, tapis ambil air gulanya)
Satu senduk gula putih
Daun pandan untuk wangikan pengat
secubit garam (utk effect rasa lemak manis masin sikit) sikit je jgn banyak,

Caranya
1.Masak pisang dengan santan, dan gula merah, serta gula putih, masukkan daun pandan sekali.
2. Bila hampir masak pisang boleh masukkan sagu yang direndam tadi (tapis, ambil sagu je, jangan ambil airnya sekali)

Popia Goreng

Popia Goreng


Bahan
Kulit Popia (saya guna brand KG Pastries, size beso)
Sengkuang (diparut kasar)
Taugeh
Lobak Merah (diparut)
Kacang panjang dipotong-potong kecil-kecil
Udang (isi sahaja, direbus sekejap)
Lada Hitam,
lada sulah, garam secukup rasa

Caranya
Celur sekejap sengkuang, taugeh dan lobak merah
kemudian gaulkan dengan lada hitam, lada sulah dan garam.

Ni cara 2, versi rajin sikit
*kalau rajin boleh juga tumis dulu bawang putih dan kemudian letak air sikit, letak kiub ayam separuh, garam, lada sulah, lada hitam. then masukkan isi ayam diracik halus, dan udang, kemudian gaulkan dengan bahan dicelur

Isikan inti popia ni ke bucu kulit popia, dan gulungla. kemaskan hujung akhit bucu kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, (pekat, jadikan cam gam, untuk gam hujung bucu, agar masa goreng tidak terbuka)

Sambal Popia.
Cili Kering, (anggaran 20 tangkai)
Bawang beso, bawang putih
*blend dua bahan ni
(kalau nak sedap, boleh rendam kismis dan kurma (buang biji) selama beberapa jam, dan kemudian blend sekali dengan bahan kat atas, kalau tak der ni pun tak per, cuma lebih lemak manis kalau letak kismis dan kurma sedikit)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Caranya,
1. tumiskan semua bahan blend, masuk garam dan gula secukuonya, masak sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
2. kalau nak kurangkan rasa pedas, bila bahan blend ni dah agak kering dah naik minyak, tambah air sikit lagi, dan masak lagi sampai kering.
3. Pastu dah agak kering, masukkan ari asam jawa, kalau pekat sangat, leh tambah air sikit,
*kalau tambah kismis dan kurma tu boleh kurangkan gula, sebab nanti terlalu manis sangat pulak.

pastu sapu atas popia goreng tu, then tabur bawang goreng, telur hancur ke.. sodapppp

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah.
1. Cili kering (ikut kepedasan dan tahap kuantiti ayam anda ok)
anggaran dalam 15-20 tangkai kot, entah, chef tak kira.
2. bawang-bawang (cam besa kat atas tadi, chef malas tulis la..korang kopipes je bleh?? bahagi dua cam tadi gak)
3. Sedikit lengkuas, agak-agak la dalam sebesor ibu jari kaki udah le.. tapi kalau jari kaki korang beso ibu jari tangan chef yang gebu ni korang doublekan size jari kaki korang tu. sikit je, nak ada aura legkuas je.
*Blend semua ni tau.. bawang beso lebih sikit best.
4. susu cair, belen tadi
5. pastu bahan tumisan cam tadi gak, (bahan tumisan nasi ayam, ada serai dan daun pandan)
6. satu tin tomato puree paling kecik (anggaran dalam dua sudu), kalau tak der ni boh je la tomato sos
7. Kacang peas dalam tin

cara dia.
1.Tumis semua bahan tumisan tu
2.masukkan bahan blend tadi, masak sampai bahan blend tu garing dan naik minyak, kasi garing betul tau..pastu masukkan tomato puree, masak lagi sampai garing, kalau kurang air, tambah sikit air, masak lagi sampai kering.(time ni boh la garam dan gula ye.. pepaham lah ye.. gila haper masak tak boh garam gula)
3. dah garing tu, pastu masukkan susu cair, dan tambah air sedikit, ikut suke korang nak kuah banyak ke atau kering-kering sikit.
4. pastu boh la kacang peas tu

Pajeri Nenas

Pajeri Nenas

Okeh Bahan dia
Ananas comosos (nenas la..apa lagi.)
Bawang beso + Bawang putih + halia
(Bahagi dua, satu hiris-hiris, satu lagi untuk blend)
3 sudu rempah kari daging babas
dua sudu kerisik
santan satu mangkuk jangan banyak sangat, (agak-agak dalam 2 cawan udah le)
Bahan tumisan selain bawang-bawangan, ialah bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.

Caranya
1. Blend bawang-bawang dan halia dengan rempah kari, curi sikit santan korang tadi tu, dan campur air sedikit agar pemblenderan lebih sempurna.
2. tumis segala neka bahan tumisan
3. masukkan bahan blend, dan masukkan kerisik.
4. boh la garam secukup rasa, masak sampai naik minyak dan rempah garing seeloknya.
5. masukkan santan, pastu masukkan nenas, masak sampai pekat, pastu leh tambah gula sikit untuk aura manis-manis tu, tapi kalau guna nenas madu cam chef, gula boh sikit je, sebab nenas tu manis.
*Untuk makluman, pajeri nenas ni sedap simpan sehari semalam esoknya makan baru sodap

Nasi Jagung

Nasi Jagung


OKeh untuk masak nasi jagung secara koboi chef buat camni, patut chef guna beras basmathi, tapi chef lupa beli

Bahan
2 tongkol jagung
2 pot beras (dalam 300gram la kot)
1/2 tin susu cair.
2 biji bawang beso
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*semua bahan ni bahagi 2, sebahagian dihiris untuk tumis, dan sebahagian lagi blend)
dan bahan tumisan :
bawang-bawang dan halia hiris tadi,
bunga lawang,
buah pelaga,
kulit kayu manis,
sebatang serai
2 helai daun pandan dan sebatang serai
*beras dibasuh dan toskan, jagung siap hiris-hiris

Caranya:-
1. Tumis bahan tumisan, dengan sedikit minyak, (tumis atas dapur gas)
2. pastu masukkan bahan blend, masak kejap sampai naik bau
3. Pastu masukkan susu cair (guna setengah je, lagi setengah nak boh dalam ayam masak merah, tapi kalau tamak, suke ati korang le nak boh abeh, chef kedekut, chef baut separuh je), pastu boh garam sikit.
4. Masukkan air secukupnya dengan beras korang, pastu masuk beras, alihkan periuk ke rice cooker, dan masak macam biasa, jangan sering kacau, kang beras hancur

Friday, August 13, 2010

Makaroni goreng

MAKARONI GORENG (nak boh nama makaroni goreng ape ek..jap fikir..)

Okey bagi nama

Makaroni goreng Alesya (boley?? boleyyyy laaaa)


Bahan dia
2 cawan makaroni
(rebus sampai lembut dan dah lembut, campur mentega atau minyak sikit, jangan kasi melekat)
3 ulas bawang putih (cincang)
1 biji bawang beso (potong dadu kecik-kecik)
1/2 sudu kecil lada hitam (kalo nak pedas lebehkan la)
1 sudu lada sulah
1 kiub ayam
sosej (goreng sikit dan potong-potong)
2 keping daging burger ayam (gunting-gunting jadi cam dadu, beso sikit taper)
1/2 bungkus daging ayam kisar
sayur campur

Cara dia
Tumis bawang-bawangan, pastu masukkan sikit air, (dalam setengah cawan)
Pastu masukkan segala neka lada-lada tadi,
Pastu masukkan kiub ayam, masak sampai naik bau/pecah minyak
pastu masukkan daging kisar
pastu masuk sikit air lagi, sikit je...
pastu masukkan makaroni...
tadaaaa siap..

ellllehhh garam dan gula takkan nak kena kabo juga kan??? sendiri mau ingat la..

ni sesuai buat bekalan sekolah anak-anak.. kompem nanti anak korang kena pow ngan kawan kat sekolah.
cepat dan sonang,

*tips utk ibu bekerja, siapkan segala neka bahan tu sesiap waktu malam..
Makaroni boleh rebus sesiap malam tu, then toskan dan simpan dalam peti ais, esoknya masuk microwave kejap kasi lembut sikit,

Wednesday, August 11, 2010

Puff roti canai segera

Pernahkah anda melihat puff-puff segojes ini di dunia yang fana ini?? sure pernah kan?? tetapi terfikirkah anda semua bahawa anda juga boleh buat puff sogojes ini hanya dengan menggunakan roti canai segera? roti canai frozen?? tak pernah fikir?? tak per tak payah, bab fikir tu biar chef koboi je fikir.. korang cuma tengok dan tiru je nanti boleh??

Nampak...hebat kan??

Amacam hebat tak puff Chef Koboi?? nak tau rahsianya??? ehheeh jangan risau, korang tak berpeluh ketiak nak uli tepung bagai... anda cuma perlukan... ini saje..

1. Roti Prata
(jenama Kawan ni best sikit, beli yang lembik, dan bukan half goreng tu tau)
2. Sosej
3. Sardin campur bawang sikit
(masak koboi juga, taruk bawang je, pastu feeling hebat sikit, letak serbuk lada hitam dan lada sulah, masak koboi ni means, campak semua ni dalam kuali, sardin dan bawang, nehi tumis-tumis

Ni bahan dia


Pastu cara dia..
1. sekeping roti canai tu bahagai 4,
(buat kecik la kalau pelahap, boleh bahagi 2 je, tapi letak le sosej lebih..)
Chef buat 1 keping bahagi 4, dan sosej tu potong dua,
tengok gambar ye puan-puan.. ambik seketui sosej, pastu letak tengah, dan gulung kiri dan kanan, pastu balikkan dan letak atas tray,(sapu mentega sikit)


2. pastu kelar sikit, then sapu kuning telur.


3. Pastu kalau boring makan ngan sosej ke, leh sumbat inti sardin
kalo nak boh sardin, roti canai tu potong jua je, pastu tutup kiri dan kanan, jadi segi tiga, pastu tekan hujung bucu tajam tu, supaya isi tak terburai dan meleleh, pastu kat hujung satu lagi, tekan-tekan nak garfu.. pastu kejam-kejam sikit, cucuk-cucuk badan puff yang gemuk ngan inti tu ngan garfu supaya udara panas leh masuk bakar dalam-dalam juga..



Pastu sapau kuning telur, bakar le dalam oven.. berapa lama dan berapa suhu nak kean bako, sendiri mau ingat le..

Monday, July 26, 2010

Udang masak serai

Tadaaaa


Korban Bahan
1. 1/2 kilo Udang Besar
(tapi acik sapinat sengkek, dia pakai udang kecik je)
2. Serai dalam 5-6 batang
3. Bawang besar dan bawang putih
4. 2 biji cili hidup (cili merah)
5. 7-8 biji cili padi
(ikut la nak pedas sampai kelaur asap kat hidung boh la sekilo)
6. Sedikit santan (sikit je, dalam anggaran satu cawan je)
7. sekeping asam keping
8. sedikit kunyit hidup, kalau takdak, kunyit serbuk pun jadilah..

Cara:
Blend semua bahan, kemudian tumiskan dengan sedikit minyak, masuk santan, asam keping, then masak sampai kekeringan.
pastu masuk le garam, asam keping dan gula. Udang tu jangan lak lupa masukkan, ikut suka korang, nak masak lebih masukkan awal, kalau suka hald cook, nak rasa mansi udang tu masuk masa-masa kecederaan ok.

Dah siap... leh makan dah... senang kan??
(kalau nak kesan lebih hebat, boleh masukkan satu sudu kecil kerisik, jangan banyak sangat, kang rasa rendang pulak)

P/s erkk korang kalau amek resepi kat sini, pastu sedap, pastu emak mertua mintak resepi, leh tak korang gigih sikit, salin balik ke.. edit ke... bahasa saya kat sini tunggang langgang kan?? pastu dah kasi mak mertua sebok sms saya "kak Pnut, mak mertua saya tergelak sampai nak terkencing-kencing baca resepi akak yang saya print sebiji-sebiji bagi dia" ko boleh tak angkat martabat akak ko ni jadi pompuan budi bahasa sikit??? plissss

Ayam Masak Kicap

ayam masak kicap mak Pnut masak kicap bukan masak kacip.


7-8 ketui ayam (di goreng dulu, gaul dengan garam dan rempah kari daging)
*2 biji bawang beso yang beso
*5-7 ulas bawang putih
*sedikit halia
3 beradik (kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang)
2-3 sudu sos tiram
1 sudu beso rempah kurma (kalau tak suka leh kurangkan sikit, tp acik suke jee..)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
Kacang peas dalam tin (kalau ada, kalau tak der taper)
kicap la of kos kannnn
yg tanda *(bahagi 2, satu untuk hirisan, dan satu utk blend)

Caranya
1. Blend sebiji bawang beso, 3-4 ulas bawang putih dan halia dan rempah kurma

2. Tumis 3 beradik, dan bahan-bahan dihiris tadi (bawang beso sikit, halia, bawang putih)

3. masukkan bahan blend, lada hitam dan lada sulah (masuk air sikit, dalam suku cawan)
- masak sampai naik minyak, betul-betul naik minyak, bukan sikit je naik minyak korang dah kira ok nehii sile pastikan naik minyak dengan elok sempurna.
*tips, kenapa masukkan air sedikit, supaya bahan blend tu dimasak lama sikit sebelum naik minyak, so that bahan tumisan kita lebih terasa sedap.

4. masukkan sos tiram, masukkan kicap, masak sikit., (agak kekeringan la, tak basah-basah sangat)

5, then baru masukkan air, ikut la nak pekat ke, nak berkuah sikit ke.

6, Masukkan ayam, kacang peas, masak sikit lagi, then tutup api

*leh tambah cili padi kalau nak pedas, boh sebijik2 je kalau blend kang bebudak tak leh makan, kalau nak tambah bawang beso potong bulat-bulat pun boleh.

Wednesday, July 21, 2010

Roti John

ni baru lepas bako, belum sapu mayonis, taruk timun dan kobis.


Ini udah letak mayonis, letak timun yang diparut dan kobis dihiris halus, taruk itu sos cili...yummy...


Hok ni dah siap sedia to eat la.. Dapat bagi Kak Nora 2 ketul, bagi Kak Zah 2 ketul, tinggal kat umah 3 ketul. Daging inti kebab masih ada lagi, makanyaaaa esok akan jadi kuih cara berlauk.. hiks.. mantaplah sekali buat inti leh buat dua menu beb..


OK meh kabo cemana versi sapinat punya roti john.

Bahan
Daging kisar ramly sebungkus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikti air)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 labu bawang beso potong kiub-kiub kecik (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi, separuh bubuh masa inti dah masak)
garam gula la of course sesedap rase
telur ayam secukupnya

Cara dia
Tumis bawang putih dan bawang beso tadi
Then masukkan rempah yang dah bancuh tadi
masukkan serbuk lada hitam, lada sulah
masakkan sampai garing, (naik minyak)
pastu masuk air sikit, pastu masuk ler daging,
masak sampai kering air, pastu masukkan baki bawang tadi.

Tambahan tips :-
Cara nak buat roti joh tu..
*Roti tu saya pakai roti bun biasa, (kat tesco/carefour ada beli yg non branded, jgn gardenia ke high 5 ke tka best, lembut sgt)

*belah dua roti tu... panaskan kuali leper terlentangkan roti john tu means yng kita belah tu mengadap ke atas,

* daging tadi tu digaul dengan telur yang dah dipukul then tuang atas roti john tu. then balik-balikkan roti john itu,

Wednesday, June 16, 2010

Daging burger

Moh kita buat daging burger ek..

Ok, bahan kita perlukan ialah
1. Sebungkus daging kisar
(boleh dapat dalam 5 keping daging burger-kalau kedekut buatlah kecik-kecik, dan nipis dapatlah banyak)
2. dua ulas bawang putih
3. seulas bawang beso sederhana beso
4. serbuk lada hitam
(yang halus dan yang kaso-kalo takder, hentam je mana yang ada, salah satu la)
5. serbuk lada sulah
6. seasoning oil maggi
7. 1 sudu beso sos cili
8. 1 sudu beso sos tomato
9. 1 1/2 sudu beso sos tiram
10. 2 sudu besar kicap manis
11. 2 sudu beso seasoning oil maggi tu
garam secukup rasalah
* serbuk/flakes daun parsley, oregano dan rosemary (yg ni guna serba sikit, tgk dalam pic saya guan sikit je setiap satu saya guna anggaran dalam setengah sudu kecil je)

Ok yang bertanda *ni lelain tambahan saya hentam yang menjadikan daging burger ni, boleh beat burget king punya tau.. tu dia.. tak makan hati tokei burger king kalo baca ni, betul pakcik gebu yang cakap, lebih sedap dari burger king punya.

Ok, caranya,
- basuh dan tapis air daging kisar tu, biar sampai sejat betul air nya, jangan basah-basah tau, saya siap perah lagi.

- blender bawang putih, bawang beso dan *serbuk-serbuk tu semua, guna blender kering untuk bahan kering tu, letak air sikit je.. sesudu dua je, jangan banyak, ni kena ikut, jangan degil, kang berair daging korang acik tatau..

-Kemudian, gaul semua bahan yang tertera kat atas tu semua sekali ke dalam daging kisar, puan-puan, sile guna tangan occay. Serbuk lada hitam dan lada sulah tu korang agak-agak la nak banyak mana.

-Pastu kepal bulat-bulat, pastu leperkan, guna plastik, pastu alas satu persatu setiap keping daging tu, seeoloknya simpan semalama untuk 'tos'kan air daging tu dan supaya dagingnya lebih kental. tapi kalau gelojoh cam kami, terus je bako lepas dah siap tu.

(awas sedikit berair kalau terus bako, bentuk pun tak lawo sebab tak pejal, tapi pedulik hape kan.. janji rasanya sedap, biar rupa buruk tak per)

Okeh, inilah mangsa-mangsa yang menjadi korban kepada resepi daging burger ittew. nak nengok beso klik gambo ek, acik maleh dah upload guna imageshack atau photobucket, ramai beno komplen opis depa block tak leh bukak.

Gaul semua, dan leperkan, (nampak tangan gebu ku?? siap peace occay)

Tadaaa dah siap. rupe memang kureng la sebab gelojoh kan?? terus bako lepas dah buat. yang daging dibuat sehari sebelum tu cantik je membulat, tapi udah ku lupe mengambil gamba. Buat biar besor dari size roti burger tau, sebab ianya mengecut nanti.
Perrghhh taruk salad, timun, tomato, mayonis, sos cili dan sos lada hitam.. terbaekkkk wookkk.. tengok siap cacak bendera malaysia lagi,


Cubelah.. terbaekkkk... senang dan ringkas.

Friday, January 22, 2010

Ayam Madu Mak Pnut



NAMA RESEPI : AYAM MADU MAK PNUT

Bahannya
Kepak ayam (4-5 ketul)
Peha Ayam (4-5 ketul)
atau boleh guna setengah ekor ayam dipotong)
2-3 ulas bawang putih
1 inci halia (dua bahan ni tumbuk lumat)
3 sudu cili sos
3 sudu sos tiram
2 sudu kicap
3-4 sudu madu
sikit serbuk lada sulah,
sikit serbuk lada hitam (sedap pakai yang kasar-kasar)

*optional kalau ada le..takder tak payah..
serbuk daun rosemary
ni panduan je, korang leh tambah atau kurang apa-apa sesuka hati..ehehe

gaul semua bahan, dan perap kejap, tambah air sikit dalam suku cawan...biar berair sikit (tak payah garam, sos tiram, sos cili, dan kicap tu dan masin-masin..)
kemudian bakar dalam oven selama 40-60 minit, ikut oven memasing, suhu kuat 200 celcius.. sambil bakar, balik-balik ayam, dan siram dengan lebihan ari perapan ayam tadi...

*tips-
- Kalau oven biasa, mgkn masa membakar lebih lama, dan suhu mungkin kena lebih tinggi
- Kalau nak jimatkan masa membakar, sebab kalau oven biasa-biasa lambat nak masak ayam ni, korang boleh kukus kejap ayam ni...then bakar balik..jadi jimat sikit masa membakar, masa bakar siram-siram air baki perapan tadi, tp kalau cukup masa, tunggu je bako lama sikit
- boleh gak buat makan dengan nasi ayam, atau buat kuah chicken chop, buat makan ala chicken chop, pastu makan ngan mashed potato, atau kentang goreng.
- kalau tader oven, boleh juga, balut dengan aluminium foil, then bakar atas kuali leper. (tak pernah buat, ape kata korang try test... hiks..)
- kalau aluminium foil pun tader,oven tader... ermm korang goreng je la ayam ni.ehehe

Wednesday, January 20, 2010

Kerabu Telur


KERABU TELUR
5-6 biji telur (dipukul dan goreng dadar, nipis-nipis, jgn tebal-tebal)
3-4 biji limau kasturi
cili padi (potong-potong)
sekuntum bunga kantan (saya guna separuh je)
daun kesum
(ikut suka la, kalau suka banyak letak banyak, kalau tak suka, letak 7-8 tangkai pun cukup)
sotong dan udang (direbus dulu)
tomato sebiji (hiris-hiris dadu)
bawang beso (hiris)
sedikit sos ikan
garam dan gula
sedikit belacan, dibakar sikit atas api (potong belacan dan cucuk dengan garfu dan tala kat api kejap)
*kalau suka boleh juga hiris nipis-nipis kacang panjang atau kacang botor tu masukkan sekalik

Caranya
Telur dadar tadi digunting-gunting
sotong dan udang tu pun gunting juga, agak sesedap rasa
daun kesum, bunga kantan hiris nipis..
hancurkan belacan
pastu gaulkan semuanya perah limau kasturi, masukkan sikit sos ikan, garam dan gula..
taddaa siap..makan le..kompem mudah dan senang..

selamat mencoba..

Thursday, January 14, 2010

tortilla gulung



okeh bebeh mari kita coba... ni resepi hentam labu ciptaan saya. tak jumpe kat memana pun..ahaks..

Tortilla gulung mak pnut

Bahan A
2 ketul dada ayam (kalau beso, kalau kecik pakai le 3 ketul)-potong dadu
2 keping burger daging ayam (tader pun takper)-bakar sikit, dan gunting-gunting
2 ulas bawang putih (diketuk)
1 biji bawang beso (potong dadu)
1 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
1 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
3 sudu sos cili
sayur campur

Bahan B
Satu bungkus tortilla (5 keping)
Thousand Island sos
Mayonis
Sos cili
Salad dan tomato

Caranya
1. Tumis bawang putih dan sedikit bawang beso (sikit je baki simpan)
2. masukkan sedikit air(dalam suku cawan)
3. masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam masak sampai naik minyak pastu masuk sikit air, dlm setengah cawan.
4. masukkan ayam-ayam tadi (dengan burger ayam)
5 Masukkan garam dan gula, masak sampai agak kering (jgn terlalu kering)
6. then masukkan sos cili dan serbuk lada putih, masak sampai tidak terlalu basah
7. masukkan lagi baki bawang beso yang didadu tadi dan mix vege
8. bila dah sejuk sikit, gaulkan dengan mayonis, thousand island sos dan kalau suka leh tambah sikit serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah
9. ambik sekeping tortilla, (bako kejap atas kuali leper, tak bako pun taper)
letak salad dan sudukan ayam yang dah gaul tadi
10. letak salad lagi kalau suka, dan tomato kalau suka, tak suka tak yah le boh
11. pastu picit sos cili atas tu dan gulung..

pastu ape lagi..ngap le..

Ni rope ayam dah siap, dan sebelah tu dah siap gaul mayonis dan thousand island sos


Nyum...nyum... sedap beb..

Tuesday, January 05, 2010

Telur Bungkus

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
telur bungkus
* ayam or daging kisar (makcik ni guna daging ayam kisar ramly je ehehe tak koser nak cincang daging or ayam)
* bawang merah bawang putih diketuk, utk di tumis
& sos cili+ sos tiram+lada sulah

cara, tumis bawang-bawang tadi, then masuk ayam kisar, masuk air sedikit, then masukkan sos cili, lada sulah dan sos tiram masak le sampai basah-basah sikit, iktu suka la, nak berkuah, kasilah berkuah) then ketepikan,

pehtu amek telur 3-4 biji, pukul, then masukkan dalam kuali (minyak sedikit je) pehtu lenggangkan atas kuali (aku tatau term apa yang betul, kira kita pusingkan kuali tu sampai jadi lapisan telur tu besar then masukkan daging tadi, pehtu lipat telur tu, kemudian amek pinggan telangkupkan dan dapatlah telur bungkus versi orang malas...eheheheh

Keow Teow Kungfu

Keow teow Kung Foo

Bahan diperlukan:-
1. 3-4 biji bawang putih (lebih pun sedap gak) - ke ketuk-ketuk
2. Bawang merah/bawang besar (dihiriskan)
3. Tepung jagung (2-3 sudu dibancuh dengan sedikit air) ikut kuantiti air rebusan dan juga kepekatan yang kita suka)
4. lada sulah (2-3 sudu, ikut selera kita la..)
5. sedikit sos tiram (optional ni, tak boh pun taper)
6. serbuk pati ayam megi (or kiub ayam) pun ikut suka kita la.. tp biasa kalau serbuk pati ayam tu satu sudu besar cukup la, kalau kiub ayam, separuh pun dah cukup
7. sedikit sos ikan (tader pun taper, tp kalau tader, kureng kick sikit la)
8. sebungkus keow teow (aku guna keow yang halus sikit, utk buat char keow teow tu, sbb yg jenis ni tidak berlalu lembut dan kuat sgt melekat, susah nak uraikan)
9. 5-6 biji telur (dipukul macam nak buat telur dadar tu)
10. udang + ayam + sotong (serba sedikit)
(buang kepalanya dan kepala tu basuh bersih rebuskan dengan 3-4 cawan air atau lebih atau kurang)
11. daging
(rebus jugak supaya cepat lembut-air jangan buang boleh guna untuk kuah jugak, kalau tanak guna pun taper, cukuplah air rebusan udang dah ada..ikut selera kita la. nak guna ari rebusan daging or udang -me-guna dua-dua)
then sayur-sayuran la..cth karot, sawi, bunga kobis, jagung muda, kobis,
garam + gula sesedap rasa + fish ball/fish cake


Caranya:-
1. Mula-mula rebus kepala udang (pic no.1)
2. Pukul semua telur tu, kemudian basuh bersih keow teow, toskan airnya (pic.2)
3. then ambil keow teow sejemput, dan gaulkan dengan dua sudu telur yang di pukul tadi (pic.3)
(tips-sebungkus keow teow boleh dpt dalam 5 keping keow teow di goreng jd cam lempeng tu.) jangan abehkan telur tu, simpan untuk taruk dalam kuah jugak nanti
4. then goreng dengan sedikit minyak, mcm pic 4


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


5. Then prepare la bahan sayur macam pic 1
6. Keow teow dah siap digoreng macam lempeng pic 2
7. Then tumiskan bawang putih. bawang merah tadi, then masukkan sos tiram dalam satu sudu je (kalau sukalah-tak boh pun tak per) then masukkan ayam, daging dan sotong, biasanya lps masukkan bahan mentah dia akan berair sikit, then masukkan lada sulah, garam, sos ikan, gula kiub/serbuk pati ayam ikut selera kita lah, pic 3
8. then masukkan air rebusan udang, dan daging tadi..agak-agaknya, kalau banyak sgt jgn boh semua, kalau sikit, tambah la air sikit, then masuk sayur-sayur yang keras, didihkan sampai empuk - pic 4
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9. Baki telur yang kita guna untuk goreng keow teow tadi curah masuk dalam kuah tadi,
10. then masukkan udang , biar mendidih then masukkan tepung jagung, ikut suka kita la nak terlalu pekat ke, pekat sikit-sikit je..aku suka biasa-biasa je tak terlalu pekat sangat.
10. tadaaaaaaaa dah siap keow teow kung fu kita...

Potong cili padi boh kicap cair, sadap niiiihhhh

Sunday, January 03, 2010

Makaroni Bakar

Makaroni Bakar
Bahan-bahan

Untuk daging
1. Makaroni (dalam 2 cawan) (rebuslah dulu kannnn)
2. Bawang putih/beso (cincang/potong dadu)
3. Daging kisar cap ramly sebungkus
4. rempah kari daging 2 sudu (bancuh ngan sikit air)
5. Garam and gula

Cara:-
1. Tumis bawang-bawang
2. Masukkan rempah, masak sampai garing tau.. sampai naik minyak, kalo tka naik minyak tak sedap ooo,
3. Dah elok garing, masukkan daging, masukkan air sikit, masak sampai kekeringan, boh garam gula la of course kan..

Sos Putih
Bahan
1. Satu sudu besar butter
2. 2 sudu besar tepung gandum
3. Satu kotak kecik (bebudak minum) susu low fat (fresh milk)
4. Serbuk Lada Hitam, lada sulah
5. Kiub ayam, (sikit je, suku dari kiub tu je)
6. Cendawan butang Hiris/cincang (ikut suka la) <-- ni optional, tak boh pun taper

7. Bawang beso, bawang putih (cincang)

Cara

1. Cairkan butter, then tumiskan bawang-bawang

2. masukkan tepung gandum (masuk kejap je, pastu padamkan api jap, or kalau periuk tangkai, alihkan dari api kejap) (jangan bancuh ngan air masuk je original gitu) (tips, sila kacau dengan whisker ye, supaya tidak berbintil-bintil)

3. Masukkan susu, tambah air sedikit (anggaran sekotak susu tadi la)

4. Masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam, kiub ayam.

lain-lain bahan

1. telur ayam 4 biji (dipukul)

2. kacang peas/mix vegi/karrot parut/apa-apa la..)

3. Mozarela cheese (diparut)



OK siap tu, sila gaulkan semuanya makaroni yang dah siap rebus, dengan daging tadi, dan white sauce, dengan telur yang dah dipukul, sayur-sayur tadi (mix vegi ke, kacang peas ke) biar basah-basah, berair sikit.

Then bakar selama setengah jam or lebih, suhu bergantung pada oven memasing le, tp pada suhu yang tinggi supaya boleh membakar dan terus melembutkan makaroni tu, mula-mula bakar makaroni tu je dulu, dah agak masak elok, keluarkan kejap, taburkan cheese, and bakar lagi dalam 10-15 minit

okeh meh tgk pic yang sempat saya ambik semalam


Photobucket

Photobucket

Photobucket
ermmm sebelum ni say buat guna cara taruk daging kisar dengan rempah kari tu je, and guan telur dan susu cair, tapi dengan cara saya suka-suka hati campru white sauce tu, rasanya jauh lebih enak...eheheh

Friday, January 01, 2010

Kebab Ayam



Okeh mari kita lihat bahan-bahan untuk buat kebab versi Mak Pnut

Kebab Mak Pnut
1. 1 bungkus ayam kisar Ramly
2. 2@3 keping daging ayam burger
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 labu bawang besar (potong dadu)
5. 1 ketul kiub ayam meggi
6. Sedikit lada hitam (serbuk)
7. sedikit lada sulah
8. 2@3 sudu soso cili
9. 1 susu besar sos tiram
10. 1 sudu seasoning oil meggi (ala..selalu org goreng burger boh tu)
*no.10 ni optional, tak boh pun takper, umah gue ada stok, gue boh le..)
* Tambahan, daging ayam lebihan Lemon Rosemarry Chicken tu.

Sayuran
* Mix vege
* Salad
* Timun
* Kobis
* Mayonis (erkk kategori sayuran ke?? hentam je la..eheh)

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang beso sampai kekuningan
(bawang beso dari sebiji tu ambik suku je)
2. Kemudian masukkan sedikit air (anggaran setengah cawan) dan masukkan daging ayam tadi tu masak sampai kurang sedikit air tadi.
3. Masukkan kiub ayam, lada sulah, lada hitam, sos tiram, dan seosing oil tu.
4. Masak lagi sampai agak basah sedikit je, kemudian masukkan sos cili, mix vege, baki bawang dadu tadi, masak lagi jangan sampai terlalu kering, then masukkan lebihan ayam Lemon Rosemarry Chicken tu, gaul-gaul biar sebati.

Ok dah siap, sejukkan sekejap then gaulkan dengan mayonis, dan sayuran kobis tadi

dah siap, letakkan salad dan timun dipotong nipis dalam belahan roti pita @ sosej, then isikan dengan inti daging kebab kita yang sempoi itu tadi.. then pipe kan dengan sos cili, sos lada hitam dan mayonis, (ni nak kasi lebih ummmpphh je, tak der pon tak per, dah sedap dah...makan gitu je..)

simple je resepinya tp mabeles ouls... cobalah...

*note-saya guna sos lada hitam seperti pic di bawah ni from singapore, jenama SingLong (ada logo halal la of course) sos nya sedap banget, kena beno ngan tekak kami anak beranak, harganya mahal jugak sebotol tu RM6.00 lebih, tapi berbaloi la sedap.. beli kat Car*four, tempat lain tatau le ada tak, sebelum ni dah try byk jenis, Life la. Meggi la..Kimball la..tp ini yang paling sedap..

Okeh tengok gambo lak..

Pic last tu, gaulkan kobis-kobis dengan mayonis
yummy!!!!