Friday, January 01, 2010

Kebab Ayam



Okeh mari kita lihat bahan-bahan untuk buat kebab versi Mak Pnut

Kebab Mak Pnut
1. 1 bungkus ayam kisar Ramly
2. 2@3 keping daging ayam burger
3. 3 ulas bawang putih
4. 1 labu bawang besar (potong dadu)
5. 1 ketul kiub ayam meggi
6. Sedikit lada hitam (serbuk)
7. sedikit lada sulah
8. 2@3 sudu soso cili
9. 1 susu besar sos tiram
10. 1 sudu seasoning oil meggi (ala..selalu org goreng burger boh tu)
*no.10 ni optional, tak boh pun takper, umah gue ada stok, gue boh le..)
* Tambahan, daging ayam lebihan Lemon Rosemarry Chicken tu.

Sayuran
* Mix vege
* Salad
* Timun
* Kobis
* Mayonis (erkk kategori sayuran ke?? hentam je la..eheh)

Cara
1. Tumis bawang putih dan bawang beso sampai kekuningan
(bawang beso dari sebiji tu ambik suku je)
2. Kemudian masukkan sedikit air (anggaran setengah cawan) dan masukkan daging ayam tadi tu masak sampai kurang sedikit air tadi.
3. Masukkan kiub ayam, lada sulah, lada hitam, sos tiram, dan seosing oil tu.
4. Masak lagi sampai agak basah sedikit je, kemudian masukkan sos cili, mix vege, baki bawang dadu tadi, masak lagi jangan sampai terlalu kering, then masukkan lebihan ayam Lemon Rosemarry Chicken tu, gaul-gaul biar sebati.

Ok dah siap, sejukkan sekejap then gaulkan dengan mayonis, dan sayuran kobis tadi

dah siap, letakkan salad dan timun dipotong nipis dalam belahan roti pita @ sosej, then isikan dengan inti daging kebab kita yang sempoi itu tadi.. then pipe kan dengan sos cili, sos lada hitam dan mayonis, (ni nak kasi lebih ummmpphh je, tak der pon tak per, dah sedap dah...makan gitu je..)

simple je resepinya tp mabeles ouls... cobalah...

*note-saya guna sos lada hitam seperti pic di bawah ni from singapore, jenama SingLong (ada logo halal la of course) sos nya sedap banget, kena beno ngan tekak kami anak beranak, harganya mahal jugak sebotol tu RM6.00 lebih, tapi berbaloi la sedap.. beli kat Car*four, tempat lain tatau le ada tak, sebelum ni dah try byk jenis, Life la. Meggi la..Kimball la..tp ini yang paling sedap..

Okeh tengok gambo lak..

Pic last tu, gaulkan kobis-kobis dengan mayonis
yummy!!!!

Wednesday, December 30, 2009

Nugget Ayam

Okeh puan-puan, marilah kita buat nugget ayam kita sendiri ye, encik-encik pun boleh buat sonang jo ni.. NI bahan-bahan yang kita perlukan, ada yang takder dalam gambar.

Nugget Ayam

Bahan-bahannya

Sebungkus daging ayam kisar ramly

sedikit garam lada sulah

sedikit kiub ayam (pakai suku je dari seketul)

Sesudu tepung gandum

Sesudu tepung jagung (kalau nak nugget lebih lembut, leh kurangkan sukatan tepung, nak lagi keras, leh tambah tepung sikit lagi)

2 biji telur ayam

Bread Crumb (hari kan korang dah beli buat roti gulugn sosej kan?? musti ada lagi kan..kan..malu nak ngaku nampak...eheheh)

Photobucket

Okeh caranya
1.Gaulkan garam, lada sulah, dan kiub ayam tadi, dah sebati, baru masukkan tepung sikit-sikit
*penggunaan ratio tepung gandum biar lebih sedikit dari tepung jagung adalah lebih memuaskan hasilnya, or kalau tader, tak yah boh pun tak pe, just tepung gandum je)
2. Pastu kepalkan jadi bulat-bulat (tgk pic)
3. Pastu leperkan (toksah le korang rajin beno nak gelek-gelek, leperkan guna jari je)
4. pastu kalau nak menarik teraple dengan apa-apa acuan pun, butterfly ke, bunga ke..
5. dah siap semuanya, celup daging ayam tadi dalam telur, dan kemudian gaul-gaul dengan breadcrumb.
Photobucket

Tadaaaa dah siap..
Photobucket
Buatlah weiii senang je tu, tak payah menggiling, menumis, blender, hiris menghiris, kalau maleh gak, tatau le kategori apa orang itu. Buat bebanyak, pastu frozenkan, pagi-pagi goreng buat bekal anak pegi sekolah. Kombang le lobang idung korang anak sebok cerita mak kami buat nugget sendiri, pastu kalau anak dah beso cam Najmi, suruh le dia buat sendiri bentuk apa dia nak, lagi enjoy.

Nak lagi jimat, pegi kedai jual barangan burger atau barangan kek, ada jual daging kisar yang besau gedabak, besau lengan saya adalah, (lengan saya ye, bukan lengan Cik Madu yang jari pakai cincin size kanak-kanak ye)

Rasanya?? ermm menurut ahli tukang rasa samo je cam nugget beli..

oh ya, kalau nak ala-ala tempura, lebihan telur tadi, gaul sikit ngan tepung gandum dan sedikit air kemudian celup dan goreng...

selamat mencoba..

Monday, December 28, 2009

roti gulung sosej

Semalam saya ajar bibik prepare roti sosej gulung kat bibik, ni ada menu bekalan anak-anak sekola ye puan-puan, kalau senang, jimat dan mudah disediakan.

Ye puan-puan bahan-bahan kita perlukan sangat mudah ye.. hatta orang bujang pun boleh buat sambil cakap tepon ngan awek..
bahan-bahan
sebuku Roti Gadenia
Sosej Ayam or Daging
Sebiji telur
Bread Crumb (ada jual kat kedai Bakeri, korang tak yah cari kat Hypermarket nan ado)
erkkkk tapi tatau le kot ada, mak pnut beli kat kedai barang bakeri je

meh kita tengok cara-caranya
(kalau tader rolling pin, korang leh je belasah gelek dengan botol kicap ke, botol sos ker, tapi awas, kalau botol kicap tu pastikan tertutup rapat, kang satu koje pulak korang mengelap lelehan kicap lak, kalo takder gak, korang tekan-tekan le ngan tapak tangan udah le..)
Photobucket
Okeh selepas pic no. 3, dah golek dalam bread crumb tu, korang leh bakar roti tu kat atas kuali leper, atau takder ada ape jenis kuali suka ati le, tp minyak jangan banyak, mak pnut guna majerin murah tu je kasi dia minyak-minyak sikit pastu bakar-bakar je, tak yah le goreng macam goreng pisang pulak, berminya, tak sedap dan tak berkhasiat, kalau bakar tu pakai minyak, tak yah banyak-banyak sesudu dua udah le...
Photobucket
Tadaaa udah siap weiiii, enak di makan ketika panas, ngan air nescafe ke, teh o ke, kopi janda ke, kopi dangdut ke.. sonang jo ni, jadikan dia antara menu bekal anak-anak ke sekolah ye...
kalau ada dua orang anak sekolah, buat 6 keping roti pepagi dengan 6 batang sosej, pastu kerat dua gini, kasi sorang 4 ketul cukup bekalan diaorg, yang lebih mak pak leh wat sarapan. enak gak makan cicah dengan sos, kalau pakai chicken cocktail tu lagi comel-comel, tp roti kena belah dua pulak, renyah sikit sbb nak kena potong roti, pastu buat satu-satu lak, bior le seketui beso gini, pastu kita potong dua jek..