Tuesday, August 17, 2010

Popia Goreng

Popia Goreng


Bahan
Kulit Popia (saya guna brand KG Pastries, size beso)
Sengkuang (diparut kasar)
Taugeh
Lobak Merah (diparut)
Kacang panjang dipotong-potong kecil-kecil
Udang (isi sahaja, direbus sekejap)
Lada Hitam,
lada sulah, garam secukup rasa

Caranya
Celur sekejap sengkuang, taugeh dan lobak merah
kemudian gaulkan dengan lada hitam, lada sulah dan garam.

Ni cara 2, versi rajin sikit
*kalau rajin boleh juga tumis dulu bawang putih dan kemudian letak air sikit, letak kiub ayam separuh, garam, lada sulah, lada hitam. then masukkan isi ayam diracik halus, dan udang, kemudian gaulkan dengan bahan dicelur

Isikan inti popia ni ke bucu kulit popia, dan gulungla. kemaskan hujung akhit bucu kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, (pekat, jadikan cam gam, untuk gam hujung bucu, agar masa goreng tidak terbuka)

Sambal Popia.
Cili Kering, (anggaran 20 tangkai)
Bawang beso, bawang putih
*blend dua bahan ni
(kalau nak sedap, boleh rendam kismis dan kurma (buang biji) selama beberapa jam, dan kemudian blend sekali dengan bahan kat atas, kalau tak der ni pun tak per, cuma lebih lemak manis kalau letak kismis dan kurma sedikit)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Caranya,
1. tumiskan semua bahan blend, masuk garam dan gula secukuonya, masak sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
2. kalau nak kurangkan rasa pedas, bila bahan blend ni dah agak kering dah naik minyak, tambah air sikit lagi, dan masak lagi sampai kering.
3. Pastu dah agak kering, masukkan ari asam jawa, kalau pekat sangat, leh tambah air sikit,
*kalau tambah kismis dan kurma tu boleh kurangkan gula, sebab nanti terlalu manis sangat pulak.

pastu sapu atas popia goreng tu, then tabur bawang goreng, telur hancur ke.. sodapppp

1 comment:

Anonymous said...

wah....
sgt hepi..
t sy try..
t sy da buat sy bitau akak eaa..
tq..
muahhs~~

~cik anon..~
(@_@)