Thursday, November 11, 2010

Shepard Pie

resepi ni ada dua peringkat... try la bagi juga..

Shepard Pie Versi Pnut Pie.
ada 4 step
Inti daging (inti ke? erkk inti lapisan bawahnya)

STEP 1
Sebungkus daging cincang ramli
3 ulas bawang putih (cincang)
1 labu bawang beso (potong dadu kecik-kecik)
beberapa titis seasoning oil maggi
(alaa belen buat daging burger sendiri dulu kan)
1 sudu sos tiram
1-2 sudu cili sos
1-2sudu tomato sos
1 sudu kecil lada sulah
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit cendawan butang, dicincang kasar
dan mix vege

Caranya :
* Tumis bawang putih bawang merah
* masukkan sikti air, pastu masukkan sos tiram
* masak kejap je didih sikit, masukkan sos-sos dan sesoning oil,
masukkan air, daging, masak sampai kekering dan masukkan lada hitam dan lada sulah, then masukkan cendawan dan mix vegi,

* bagi sejuk sat, ktia prepare kentang dan white sauce dia (kalau malas pakai je ready made mushroom soup campbell, tapi buat sendiri lagi sedap

STEP 2
White sauce (mushroom soup)
2 ulas bawang putih dan sikit bawang beso (cincang)
2 sudu buttter
lada sulah, lada hitam
susu low fat (fresh milk)
2 sudu tepung gandum
1 kiub ayam maggi
cendawan butang, cincang (belen-belen tadi-cincang halus sikit)

Caranya
* Cairkan butter, kemudian tumiskan bawang, dah kekuningan masukkan tepung gandum (jgn bancuh ngan air)
* bila masukkan tepung guna whisker kacau-kacau tepung jangan berketul (guna alat lain tak jamin aaaaa)masa tgh kacau tutup api kejap, supaya jangan hangun.
* then bukak api balik, masukkan susu segar,(tinggal sikit dalam anggaran dua sudu) masukkan air (dalam 2 cawan), then masukkan serbuk lada sulah, lada hitam, garam secukup rasa, kacau-kacau jangan tepung berketul tau.. kalau kurang pekat, leh tambah sikit tepung gandum, can kacau lagi, jangan berketul-ketul, beli la whisker tu seketoi. tak rugi pon.
* dah didih, masukkan cendawan.
Tamat. Boleh makan hirup-hirup rasanya ala mushroom soup Pizza je.

STEP 3
Untuk kentang (mashed potato)
- Beberapa biji kentang (rebus sampai embuk, erkk buang kulit la takkan rebus ngan kulit lak)
(entah tak kira berapa biji, adalah dalam 10 biji kot, sederhana
- 1 kotak susu low fat)
(kotak kecil yang budak-budak minum je, singgit lebih je sekotak)
1 sudu besar butter
sedikit garam dan sedikit serbuk lada sulah. jangan lembik sangat tau.. tak syiok.. tapi gasak le kalau korang suka.

Caranya
*Kentang yang dah rebus tu, dilecek semasa masih panas, sambil lecek, sambil letak butter, lada sulah, garam, dan susu tadi, kacau, lecek.. kacau lecek biar rata,

STEP 4
* Amek loyang ke apa saja yang boleh membako, jangan pulak guna tupperware, dengan tupperware tu kang terbako. Ok isikan inti daging tu dulu, then rataka.. tekan-tekan sikit.

* Kemudian amek kentang putar tadi, tinggal sikit, kang kita scoop, makan as kentang putar, tuang white sos ala-ala makan kentang putar dengan sauce dia la..

*ok kentang yang separuh kita cilok tu, kita campur dan gaulkan sedikit dengan white sauce kita, gaul agak lembik-lembik sikit ikut citarasa kita. tekan, dan ratakan menutupi daging tadi.

* dah cun depa dok dalam loyang, then bika amek sebiji telur, asingkan putihnya, yang kuning tu kita pukul, dan sapu rata kat atas permukaan yang disapu kentang tadi.

* Bakor lah dalam oven secukup haba dikehendaki.. agak separuh masak (dalam 20-30 minit, kemudian keluarkan, parut mozarela cheese kat atas tu (tanak pun tak per, tapi sedap kalo ada) dah parut, masuk oven balik bagi cheese tu membakor dan nanti nampak kesan menggiurkan seksi lagi jelita agaklah dalam 10-15 minit lagik.

* dah tu apa lagi... masak makan le...

*bahan ni semua anggaran je propa saya je.. sebenarnya saya hentam je tak der sukatan..)

Sedaaaapppp tatak tipu punya... satu malam setel ni..