Tuesday, August 17, 2010

Pengat Pisang

Pengat Pisang


Bahan
7-8 biji Pisang (dipotong serong-serang, jangan nipis sangat, jangan tebal sangat
(sedap pisang Abu yang masak, jangan terlalu ranum, kang lembik sangat)
3 cawan santan sederhana pekat (kalau suka lemak, pekatkan)
segenggam sagu (rendam dalam sedikit air bagi kembang
Sedikit gula merah (untuk pengat berwarna 'brown sikit)
(masak dengan sedikit air, tapis ambil air gulanya)
Satu senduk gula putih
Daun pandan untuk wangikan pengat
secubit garam (utk effect rasa lemak manis masin sikit) sikit je jgn banyak,

Caranya
1.Masak pisang dengan santan, dan gula merah, serta gula putih, masukkan daun pandan sekali.
2. Bila hampir masak pisang boleh masukkan sagu yang direndam tadi (tapis, ambil sagu je, jangan ambil airnya sekali)

Popia Goreng

Popia Goreng


Bahan
Kulit Popia (saya guna brand KG Pastries, size beso)
Sengkuang (diparut kasar)
Taugeh
Lobak Merah (diparut)
Kacang panjang dipotong-potong kecil-kecil
Udang (isi sahaja, direbus sekejap)
Lada Hitam,
lada sulah, garam secukup rasa

Caranya
Celur sekejap sengkuang, taugeh dan lobak merah
kemudian gaulkan dengan lada hitam, lada sulah dan garam.

Ni cara 2, versi rajin sikit
*kalau rajin boleh juga tumis dulu bawang putih dan kemudian letak air sikit, letak kiub ayam separuh, garam, lada sulah, lada hitam. then masukkan isi ayam diracik halus, dan udang, kemudian gaulkan dengan bahan dicelur

Isikan inti popia ni ke bucu kulit popia, dan gulungla. kemaskan hujung akhit bucu kulit popia dengan bancuhan tepung gandum dengan sedikit air, (pekat, jadikan cam gam, untuk gam hujung bucu, agar masa goreng tidak terbuka)

Sambal Popia.
Cili Kering, (anggaran 20 tangkai)
Bawang beso, bawang putih
*blend dua bahan ni
(kalau nak sedap, boleh rendam kismis dan kurma (buang biji) selama beberapa jam, dan kemudian blend sekali dengan bahan kat atas, kalau tak der ni pun tak per, cuma lebih lemak manis kalau letak kismis dan kurma sedikit)
Air asam jawa
garam dan gula secukupnya

Caranya,
1. tumiskan semua bahan blend, masuk garam dan gula secukuonya, masak sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
2. kalau nak kurangkan rasa pedas, bila bahan blend ni dah agak kering dah naik minyak, tambah air sikit lagi, dan masak lagi sampai kering.
3. Pastu dah agak kering, masukkan ari asam jawa, kalau pekat sangat, leh tambah air sikit,
*kalau tambah kismis dan kurma tu boleh kurangkan gula, sebab nanti terlalu manis sangat pulak.

pastu sapu atas popia goreng tu, then tabur bawang goreng, telur hancur ke.. sodapppp

Ayam Masak Merah

Ayam Masak Merah.
1. Cili kering (ikut kepedasan dan tahap kuantiti ayam anda ok)
anggaran dalam 15-20 tangkai kot, entah, chef tak kira.
2. bawang-bawang (cam besa kat atas tadi, chef malas tulis la..korang kopipes je bleh?? bahagi dua cam tadi gak)
3. Sedikit lengkuas, agak-agak la dalam sebesor ibu jari kaki udah le.. tapi kalau jari kaki korang beso ibu jari tangan chef yang gebu ni korang doublekan size jari kaki korang tu. sikit je, nak ada aura legkuas je.
*Blend semua ni tau.. bawang beso lebih sikit best.
4. susu cair, belen tadi
5. pastu bahan tumisan cam tadi gak, (bahan tumisan nasi ayam, ada serai dan daun pandan)
6. satu tin tomato puree paling kecik (anggaran dalam dua sudu), kalau tak der ni boh je la tomato sos
7. Kacang peas dalam tin

cara dia.
1.Tumis semua bahan tumisan tu
2.masukkan bahan blend tadi, masak sampai bahan blend tu garing dan naik minyak, kasi garing betul tau..pastu masukkan tomato puree, masak lagi sampai garing, kalau kurang air, tambah sikit air, masak lagi sampai kering.(time ni boh la garam dan gula ye.. pepaham lah ye.. gila haper masak tak boh garam gula)
3. dah garing tu, pastu masukkan susu cair, dan tambah air sedikit, ikut suke korang nak kuah banyak ke atau kering-kering sikit.
4. pastu boh la kacang peas tu

Pajeri Nenas

Pajeri Nenas

Okeh Bahan dia
Ananas comosos (nenas la..apa lagi.)
Bawang beso + Bawang putih + halia
(Bahagi dua, satu hiris-hiris, satu lagi untuk blend)
3 sudu rempah kari daging babas
dua sudu kerisik
santan satu mangkuk jangan banyak sangat, (agak-agak dalam 2 cawan udah le)
Bahan tumisan selain bawang-bawangan, ialah bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.

Caranya
1. Blend bawang-bawang dan halia dengan rempah kari, curi sikit santan korang tadi tu, dan campur air sedikit agar pemblenderan lebih sempurna.
2. tumis segala neka bahan tumisan
3. masukkan bahan blend, dan masukkan kerisik.
4. boh la garam secukup rasa, masak sampai naik minyak dan rempah garing seeloknya.
5. masukkan santan, pastu masukkan nenas, masak sampai pekat, pastu leh tambah gula sikit untuk aura manis-manis tu, tapi kalau guna nenas madu cam chef, gula boh sikit je, sebab nenas tu manis.
*Untuk makluman, pajeri nenas ni sedap simpan sehari semalam esoknya makan baru sodap

Nasi Jagung

Nasi Jagung


OKeh untuk masak nasi jagung secara koboi chef buat camni, patut chef guna beras basmathi, tapi chef lupa beli

Bahan
2 tongkol jagung
2 pot beras (dalam 300gram la kot)
1/2 tin susu cair.
2 biji bawang beso
5 ulas bawang putih
Sedikit halia
*semua bahan ni bahagi 2, sebahagian dihiris untuk tumis, dan sebahagian lagi blend)
dan bahan tumisan :
bawang-bawang dan halia hiris tadi,
bunga lawang,
buah pelaga,
kulit kayu manis,
sebatang serai
2 helai daun pandan dan sebatang serai
*beras dibasuh dan toskan, jagung siap hiris-hiris

Caranya:-
1. Tumis bahan tumisan, dengan sedikit minyak, (tumis atas dapur gas)
2. pastu masukkan bahan blend, masak kejap sampai naik bau
3. Pastu masukkan susu cair (guna setengah je, lagi setengah nak boh dalam ayam masak merah, tapi kalau tamak, suke ati korang le nak boh abeh, chef kedekut, chef baut separuh je), pastu boh garam sikit.
4. Masukkan air secukupnya dengan beras korang, pastu masuk beras, alihkan periuk ke rice cooker, dan masak macam biasa, jangan sering kacau, kang beras hancur