Wednesday, July 21, 2010

Roti John

ni baru lepas bako, belum sapu mayonis, taruk timun dan kobis.


Ini udah letak mayonis, letak timun yang diparut dan kobis dihiris halus, taruk itu sos cili...yummy...


Hok ni dah siap sedia to eat la.. Dapat bagi Kak Nora 2 ketul, bagi Kak Zah 2 ketul, tinggal kat umah 3 ketul. Daging inti kebab masih ada lagi, makanyaaaa esok akan jadi kuih cara berlauk.. hiks.. mantaplah sekali buat inti leh buat dua menu beb..


OK meh kabo cemana versi sapinat punya roti john.

Bahan
Daging kisar ramly sebungkus
1 1/2 sudu besar rempah kari daging (bancuh dengan sikti air)
1 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit serbuk lada sulah
1 kiub ayam
2 ulas bawang putih (diketuk dan cincang)
1 labu bawang beso potong kiub-kiub kecik (bahagi dua, separuh buat tumis ngan bawang putih tadi, separuh bubuh masa inti dah masak)
garam gula la of course sesedap rase
telur ayam secukupnya

Cara dia
Tumis bawang putih dan bawang beso tadi
Then masukkan rempah yang dah bancuh tadi
masukkan serbuk lada hitam, lada sulah
masakkan sampai garing, (naik minyak)
pastu masuk air sikit, pastu masuk ler daging,
masak sampai kering air, pastu masukkan baki bawang tadi.

Tambahan tips :-
Cara nak buat roti joh tu..
*Roti tu saya pakai roti bun biasa, (kat tesco/carefour ada beli yg non branded, jgn gardenia ke high 5 ke tka best, lembut sgt)

*belah dua roti tu... panaskan kuali leper terlentangkan roti john tu means yng kita belah tu mengadap ke atas,

* daging tadi tu digaul dengan telur yang dah dipukul then tuang atas roti john tu. then balik-balikkan roti john itu,

No comments: