Wednesday, August 11, 2010

Puff roti canai segera

Pernahkah anda melihat puff-puff segojes ini di dunia yang fana ini?? sure pernah kan?? tetapi terfikirkah anda semua bahawa anda juga boleh buat puff sogojes ini hanya dengan menggunakan roti canai segera? roti canai frozen?? tak pernah fikir?? tak per tak payah, bab fikir tu biar chef koboi je fikir.. korang cuma tengok dan tiru je nanti boleh??

Nampak...hebat kan??

Amacam hebat tak puff Chef Koboi?? nak tau rahsianya??? ehheeh jangan risau, korang tak berpeluh ketiak nak uli tepung bagai... anda cuma perlukan... ini saje..

1. Roti Prata
(jenama Kawan ni best sikit, beli yang lembik, dan bukan half goreng tu tau)
2. Sosej
3. Sardin campur bawang sikit
(masak koboi juga, taruk bawang je, pastu feeling hebat sikit, letak serbuk lada hitam dan lada sulah, masak koboi ni means, campak semua ni dalam kuali, sardin dan bawang, nehi tumis-tumis

Ni bahan dia


Pastu cara dia..
1. sekeping roti canai tu bahagai 4,
(buat kecik la kalau pelahap, boleh bahagi 2 je, tapi letak le sosej lebih..)
Chef buat 1 keping bahagi 4, dan sosej tu potong dua,
tengok gambar ye puan-puan.. ambik seketui sosej, pastu letak tengah, dan gulung kiri dan kanan, pastu balikkan dan letak atas tray,(sapu mentega sikit)


2. pastu kelar sikit, then sapu kuning telur.


3. Pastu kalau boring makan ngan sosej ke, leh sumbat inti sardin
kalo nak boh sardin, roti canai tu potong jua je, pastu tutup kiri dan kanan, jadi segi tiga, pastu tekan hujung bucu tajam tu, supaya isi tak terburai dan meleleh, pastu kat hujung satu lagi, tekan-tekan nak garfu.. pastu kejam-kejam sikit, cucuk-cucuk badan puff yang gemuk ngan inti tu ngan garfu supaya udara panas leh masuk bakar dalam-dalam juga..



Pastu sapau kuning telur, bakar le dalam oven.. berapa lama dan berapa suhu nak kean bako, sendiri mau ingat le..

2 comments:

Anonymous said...

cayalah kak pnut.kelakarlah the way u wrote!mmg awesome recipe u ni.

Anonymous said...

dh terai buat mlm tadi,memang menjadik,,,,sedap.....tetiba rase nk bukak kedai plak,hehehe
TQ yea for the resepi...